Ahad, Julai 05, 2009

Tauke itik cuba benda baru

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
..
Berpegang kepada cogankata Pertanian Adalah Perniagaan, Razak Abdul Malek, 49, mencuba beberapa jenis pertanian bermula dengan ayam kampung daging, lintah dan ikan.
..
Meskipun pada awalnya dia terlibat dengan sektor pelancongan, namun mengambil keputusan beralih angin tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi bidang tersebut.
..
Bermula dengan syarikat Lia Sari Marketing yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk bergiat dalam jual beli dan mengusahakan pertanian secara komersial, kini Razak mengusahakan ladang ternakan itik daging.
..
Berdasarkan hasil pemerhatian yang dilakukan, Razak kemudiannya mengambil keputusan menternak itik kerana dia suka mencuba sesuatu yang baru dan tidak mempunyai ramai pesaing.
..
"Saya melihat ternakan itik pedaging Muscovy atau serati yang tidak mempunyai banyak pesaing, saya mengambil keputusan menternak itik," katanya semasa ditemui di ladang ternakan itiknya di Kampung Hulu Lepar, Mukim Gali, Dong, Raub, Pahang.
..
Malah, apa yang lebih membanggakan, menurut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Raub dan Kuantan buat masa ini, Lia Sari Marketing merupakan penternak terbesar itik pedaging di negeri Pahang.
..
Mendapat khidmat nasihat daripada JPV Raub dan Kuantan, Razak menternak lebih 5,000 ekor itik pedaging di kawasan seluas tujuh ekar.
..
Mendapatkan benih itik daripada penternak swasta, beliau menternak anak itik berusia dua hari sehingga berusia empat bulan sebelum boleh dijual di pasaran.
Biasanya setiap bulan, beliau membeli antara 1,500 hingga 2,000 ekor anak itik bagi memastikan bekalan itiknya sentiasa ada.
..
Hasil kajian dan pengalaman hampir setahun mengendalikan anak itik, pekerjanya dapat mengurangkan jumlah kematian sehingga kurang 10 peratus setiap kali penghantaran.
..
Razak berkata, pada hari pertama sampai, anak itik dicelupkan muncungnya ke dalam air sebelum dimasukkan ke dalam kotak asuhan.
..
Setelah berada dalam kotak asuhan antara tiga hingga lima jam, anak itik diberikan makanan dan minuman yang dicampurkan dengan anti stres yang ditambah dengan vitamin dan dibiarkan selama dua minggu.
..
Pada usia satu hingga dua minggu, anak-anak itik akan ditimbang berat bagi tujuan pemantauan tumbesaran dan menentukan jumlah makanan yang diperlukan.
..
"Biasanya kuantiti makanan yang diberikan bergantung kepada berat badan anak itik," katanya yang memberikan dedak hitam kepada anak itik.
..
Kotak asuhan akan dicuci setiap dua hari bagi memastikan kebersihan, kesihatan dan keselamatan anak itik sentiasa terpelihara.
..
Biasanya semasa berusia awal tiga minggu, muncung anak itik akan dipotong atau dikikis bagi mengelakkan mereka memagut antara satu sama lain.
..
Anak itik yang berusia antara dua hingga tiga minggu akan dilepaskan di reban besar dan lapang bagi memastikan keselesaan dan ruang makanan yang lebih besar.
..
Di kawasan ini juga terdapat kolam untuk itik berenang bagi menyejukkan badan dan mengurangkan stres. Ternakan itik akan ditempatkan di reban pertama selama 10 hingga 12 minggu sebelum diasingkan di kandang lain.
..
Bagi menjimatkan kos makanan ternakan Razak menggunakan pelet dan dedak serta makanan tambahan seperti hampas soya, kulit roti, kelapa kering dan sayur-sayuran.
..
Semasa itik berusia antara 14 hingga 16 minggu, ternakan yang sesuai akan diasingkan ke ladang transit bagi memudahkan ditangkap sebelum dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual.
..
Biasanya itik yang ditangkap pada awal subuh hari Khamis atau Jumaat akan dihantar ke pasar-pasar sekitar bandar raya Kuala Lumpur seperti pasar borong lama Selayang, pasar Seri Kembangan, pasar Kajang, pasar Pudu dan pembeli yang datang sendiri ke ladang ternakannya.
..
Setiap bulan paling minimum, Lia Sari Marketing mampu menjual 1,350 ekor itik daging dan ia mempunyai sebanyak 6,000 ekor itik dalam masa empat bulan atau satu pusingan.
..
Razak berkata, harga itik yang dijual adalah RM8 sekilogram (kg) dan RM15.00/kg bagi harga runcit itik yang siap sembelih dan dibersihkan.
..
Biasanya terdapat dua kategori itik yang dijual, misalnya bagi jualan di pasar, itik yang diperlukan adalah lebih kurang tiga kg manakala untuk restoran pula empat kg.
..
Bagi memantapkan lagi operasi perniagaan, Razak bercadang untuk membuka gerai sendiri bagi jualan terus di pasar tani dan pasar malam di Lembah Kelang bagi peringkat permulaan.
..
"Bagi meningkatkan lagi operasi ternakan itik daging, kami bercadang membuka ladang baru dengan memohon tanah daripada pihak berkuasa seluas 12 hektar (30 ekar).
..
"Kami juga bercadang menjadi pembekal atau pengedar anak itik Muscovy di seluruh negara bagi membantu pusat penetasan itik," katanya.
..
Selain itik, Razak juga mempunyai sembilan buah kolam ikan tilapia dan keli di tanah seluas tujuh ekar sebagai pendapatan sampingan kepada itik.
..
Mendapat benih ikan tilapia dan keli daripada pembekal, Lia Sari Marketing dapat menghasilkan sehingga dua tan ikan bagi pasaran di pasar borong.
..
Razak juga memelihara pelbagai jenis unggas seperti angsa putih, angsa kelabu, merak, ayam api atau mutiara, ayam belanda, ayam laga, ayam emas, ayam selasih dan ayam sutera.
..
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai ternakan itik Muscovy boleh menghubungi Abdul Razak di 03-9283 5268, 03-9200 4828, 012-226 9119 atau faks 03-9200 5208. - Utusan online

Selasa, Jun 30, 2009

TIP PILIHAN: MENJADI JUARA, PULANGAN BERGANDA

Oleh: Irfan Khairi
..
Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.
..
Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.
..
Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja!
..
Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.
..
Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua... ketiga... dan lain-lain.
..
Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda.
..
Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda :)
..
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.
..
Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.
..
Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.
Bolehkah anda namakan antara top 10% juara income earners didalam industry anda?
..
Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!

Isnin, Jun 22, 2009

Golongan kaya Malaysia terus cipta kekayaan

KUALA LUMPUR 21 Jun - Di sebalik krisis ekonomi dunia dan domestik, golongan mewah di Malaysia masih beruntung kerana mampu meningkatkan pelaburan mereka lebih satu pertiga atau 36 peratus.
..
Keberuntungan itu dinyatakan oleh Tinjauan Mengesan Kekayaan Asia yang dijalankan oleh HSBC Bank.
..
Tinjauan mendapati kekayaan itu diraih oleh 61 peratus golongan kaya Malaysia melalui pelaburan dalam pasaran saham domestik, dana unit amanah dan bon.
..
Menurut responden yang ditemui, 32 peratus menyatakan mereka membaca lebih banyak strategi mengenai pelaburan untuk menjadi kaya.
..
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada berlaku pada perubahan dalam minat pelaburan sejak enam bulan lalu, majoriti responden atau 63 peratus menyatakan mereka adalah pengambil risiko sederhana.
..
''Krisis ekonomi global semasa telah menyebabkan nilai kekayaan merosot bagi kebanyakan golongan kaya di Asia tetapi yang menariknya ia tidak menjejaskan golongan kaya negara ini sebaliknya mereka masih membuat pelaburan yang banyak,'' kata tinjauan itu lagi.
..
Tinjauan itu dilakukan untuk melihat sama ada ketidaktentuan dalam segmen mewah di Asia, termasuk Malaysia masih berlaku.
..
Ini termasuk meninjau aktiviti pelaburan, mengurus dan membelanjakan kekayaan meskipun ekonomi masih tidak menentu, kata Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi HSBC Bank Malaysia Bhd., Lim Eng Seong dalam kenyataannya di sini.
..
Selain meningkatkan pelaburan, pilihan lain bagi golongan mewah Malaysia adalah mempelbagaikan portfolio aset terutama dalam simpanan (73 peratus), unit amanah (71 peratus) dan pasaran saham domestik (55 peratus).
..
Dalam aspek minat menabung, tinjauan itu menyatakan kebanyakan golongan mewah Malaysia melakukan perubahan dalam aspek itu dengan menjadi lebih berhati-hati dalam perbelanjaan.
..
Malah, 88 peratus responden bertindak menangguhkan pembelian dan 83 peratus lagi mengurangkan aktiviti makan di luar.
..
Dalam semua negara yang ditinjau, kebanyakan responden menjadikan alasan untuk menyediakan kehidupan yang selesa sebagai motivasi untuk meningkatkan kekayaan mereka, kecuali di Australia yang menjadikan persaraan sebagai matlamat utama.
..
Sebanyak 75 peratus golongan kaya di negara ini merancang menghantar anak-anak mereka belajar ke luar negara dengan memperuntukkan secara purata AS$100,000 (RM350,000) untuk tujuan itu.
..
Tinjauan Mengesan Kekayaan Asia itu juga mengenal pasti sebanyak satu pertiga rakyat responden Malaysia berpendapat mereka memerlukan antara AS$200,000 (RM700,000) hingga AS$300,000 (RM1.05 juta) untuk bersara dengan selesa. - Utusan online

Selasa, Jun 16, 2009

Skil komunikasi dalam perniagaan


Oleh Irfan Khairi
..
Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit "talk" atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja.
..
Skil presentation adalah penting dalam perniagaan. Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey... semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation... mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.
..
Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:
..
***Start with a BANG!
Mula dengan sesuatu yang mengejutkan... atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakansesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.Kemudian tanya... "Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalamkeadaan ini...". Pastinya dapat menangkap perhatian audience padaminit yang pertama.
..
***Keep it short
Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan.
..
Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej! Keep it short.
..
Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasansering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more... dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap!
..
Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.
..
***Relate with them
Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang "lebih kurang" sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien.
..
Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat,pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda. Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.
..
Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah & university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking & presentation menjadi antara rutin karier saya :)

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

One Drop Perfumes

Senarai Blog Saya Yang Lain

Arkib Usahawan Bistari

Jom Chat!

Jaringan Usahawan Bistari

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Jejaki Pelawat

 

Copyright © 2009 by Usahawan Bistari